Monday, 13 June 2011

DOSA HARTA SEORANG PEKERJA 1

Alhamdulillah dengan izin Allah...aku diberi masa untuk menambah isi kandungan blog ku ini.. InsyaAllah hari ni aku nak kongsi tentang dosa harta bagi seseorang yang digelar sabagai PEKERJA.. Di harap dengan pengkongsian ini dapat memberi sedikit peringatan dan manfaat untuk diriku dan semua pembaca insyaAllah..

Berikut adalah dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh seorang pekerja tanpa disedari mahupun tidak :

1)  Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi
  - Sebagai contoh kertas,pen, faks dan fotostat, menelefon anak dirumah, rakan2 dan lain-lain yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung.

2) Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan
- Sebagai contoh tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat luar dan lain2 dengan kos tambahan sendiri.

3) Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja.
- Ia akan menyebabkan pendaptan gaji seseorng tidak sepenuh miliknya.

4) Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan.
- Ia pada asalnya adalah harus,tetapu menjadi HARAM apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dgn niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini adalah salah satu bentuk PENIPUAN.

5) Rasuah dalam membuat pemilihan.
- Pegawai yang bertanggungjawb memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain2 untuk syarikat atau organisasinya, Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat H daripada empat syarikat lain yang menghantar Quotation kerana syarikat H itu berjanji memberikan sedikit imbuhan ikhlas. Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam ISLAM..

ikuti sambungannyaa akan datang insyaAllah...

Saturday, 11 June 2011

Menikahi Wanita Hamil Luar Nikah

Saya amat tertarik dengan jawapan oleh ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR) di dalam web sitenya..
berikut adalah jawapan beliau :

 Kes Zina Bermasalah
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.
Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.
Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)
Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.
Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :
Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"
Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :
لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)
Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.
Lagi Displin Khas
Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.
Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :
"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)
Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga SAH

Kesimpulan
Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, 9 June 2011

Memelihara Anjing bagi Umat Islam

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai (hobi) adalah HARAM, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw.
Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)
Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah DILARANG oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya

Sunday, 5 June 2011

Bekerja pada hari Ahad

Hari ini aku, Hanafi and Huzairi bekerja bagi menyiapkan satu projek yang sangat penting..
Terima kasih kepada semua dan isteriku tersayang kerana memahami tugas ku.. Hari ni juga bukan rezeki aku untuk pergi ke muktamar pas di Taman Melewar..

Ya Allah Permudahkan Urusan kami..Kami hanya hamba Mu sangat lemah dan dhaif.. Walhamdulillah Hirrabila'laminn..