Monday, 13 June 2011

DOSA HARTA SEORANG PEKERJA 1

Alhamdulillah dengan izin Allah...aku diberi masa untuk menambah isi kandungan blog ku ini.. InsyaAllah hari ni aku nak kongsi tentang dosa harta bagi seseorang yang digelar sabagai PEKERJA.. Di harap dengan pengkongsian ini dapat memberi sedikit peringatan dan manfaat untuk diriku dan semua pembaca insyaAllah..

Berikut adalah dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh seorang pekerja tanpa disedari mahupun tidak :

1)  Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi
  - Sebagai contoh kertas,pen, faks dan fotostat, menelefon anak dirumah, rakan2 dan lain-lain yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung.

2) Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan
- Sebagai contoh tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat luar dan lain2 dengan kos tambahan sendiri.

3) Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja.
- Ia akan menyebabkan pendaptan gaji seseorng tidak sepenuh miliknya.

4) Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan.
- Ia pada asalnya adalah harus,tetapu menjadi HARAM apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dgn niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini adalah salah satu bentuk PENIPUAN.

5) Rasuah dalam membuat pemilihan.
- Pegawai yang bertanggungjawb memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain2 untuk syarikat atau organisasinya, Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat H daripada empat syarikat lain yang menghantar Quotation kerana syarikat H itu berjanji memberikan sedikit imbuhan ikhlas. Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam ISLAM..

ikuti sambungannyaa akan datang insyaAllah...

No comments:

Post a Comment