Saturday, 2 July 2011

Dosa Harta Seorang Pekerja 2

Bismillahi Allah Huakhbar..Alhmdulillah..Setelah lebih 3 minggu aku tidak meng"update" blog ku ini.. hari ini Allah beri keizinan untuk menulis kembali dan menyambung mengenai tajuk lepas Dosa Harta Seorang Pekerja.. Dibawah disenaraikan beberapa lagi pekara yang boleh mendatangkan dosa tanpa kita sedari:

6) Mencipta Quotation/Sebutharga Sendiri
    Sebagai contoh seorang pegawai atau kumpulannya yang berkuasa membuat pilihan kontraktor untuk syarikat, dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi atas sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan quatation daripada 4 buah syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta quatation daripada beberapa buah syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.

Hukumnya adalah HARAM kerana MENIPU!!!

7) Menaikkan Harga Tanpa Pengetahuan Pengurusan
    Seorang kakitangan diminta majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500, tetapi menaikkannya dengan harga RM2000, lalu bakinya RM500 disimpan.

Hukumnya HARAM disisi ISLAM oleh sepakatan ulama.

8) Tuntutan Palsu
    Staff syarikat membeli barangan keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda.

Hukumnya adalah HARAM menurut ISLAM kerana membuat PENIPUAN kepada syarikat.

9) Mencipta Resit Sendiri
    Staff membeli barangan untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak staff telah mencipta resit sendiri beserta cop palsu.

Hukumnya adalah HARAM dalam ISLAM kerana PENIPUAN!!

Secara kesimpulannya ramai individu yang cuba mendapatkan side income daripada sumber-sumber pendapat yang salah seperti disebutkan diatas sambil melakukan tugasnya yang wajib. Ingatkah nabi S.A.W pernah bersabda:
" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja dan telah ditetapkan baginya rezeki(gaji/upah) maka APA YANG DIAMBILNayYA SELEPAS ITU ADALAH GHULUL(PENGKHIANATAN)"                     ( Riwayat Abu Daud, Albani menganggapnya SAHIH)

Semoga dengan perkongsian dapat memberi sedikit peringatan dan terus meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Sama-sama kita memohon keampunan kepada Allah terhadap dosa-dosa yang dilakukan samada disedari mahupun tidak..

Astaghfirullahhh..Astahfirullahhh.. Astaghfirullahhh Hal'azimmm..

Sumber dipetik dari buku Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment