Tuesday, 19 July 2011

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Meru 2011

Alhmdulillah pada 15 hingga 17 Julai 2011 telah diadakan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Meru. Pemuda Masjid As Syarif Meru telah diberi amanah bagi menguruskan dan menjalankan aktiviti sepanjang program. Terima kasih di ucapkan kepada pihak sekolah diatas kepercayaan yang diberikan. Pemuda masjid As Syarif Meru yang dipimpin oleh Ustaz Farid Zainal dengan kekuatan 9 orang AJK (Team Syura Masjid) iaitu Akhi Saufy, Akhi Mohsin, Ustaz Aiman, Cikgu Adli, Azmi, Rijal, Ilya, Zul dan Andak dengan izin Allah telah berjaya mengendalikan program dengan jayanya Alhmdulillah. Tidak lupa juga kepada abang2 dan kakak2 fasi dari UITM Shah Alam seramai 14 orang yang turut membantu dalam program ini..
Banyak pengalaman2 manis ditempuh sepanjang program dijalankan antaranya sewaktu slot Mujahid Tak Gentar.. Azmi dengan penuh semangat menjalankan slot ini walaupon terpaksa mengharungi beberapa halangan. Perkara yang tidak boleh dilupakan adalah dimana Azmi mengheret seorang peserta yang sedang mamai dari tidur. Peserta ni menangis teresak-esak kerana takut nak berjalan dalam gelap dengan tidak berkasut dan hanya berpandukan cahaya lilin.. begitu juga Akhi Mohsin dan AJK lain yang tabah dalam menghadapi serangan nyamuk yang begitu hebat. Buat pertama kali juga aku melihat Ustaz Aiman dengan bersungguh2 memberi semangat kepada peserta agar tidak gentar dan terus berjalan walaupun dalam keadaan gelap. Slot ini bermula pada jam 1:30am dan berakhir pada 4:30am, seramai 13 orang peserta yang dipilih mengharungi slot ini. Azmi..ko memang degil..tp degil ko degil bertempat..hehehhehehhe
Kepada sahabat2 sekalian, teruskan usaha dakwah walaupun terpaksa mengharungi ranjau dan ujian dari Allah agar bumi Meru akan mekar dengan pemuda2 yang cintakan Allah dan Rasul S.A.W.

Terima kasih Allah,  SMK Meru, Masjid As Syarif, Team Syura Masjid, Fasilitator dan adik2 pengawas!!!!!! tak lupa juga isteri tersayang kerana faham tugas abi.. Jazakallah khairan khathira..
Allah Huakhbar!!!Allah Huakhbar!!!Allah Huakhbar!!!


No comments:

Post a Comment